Thursday 23 June 2011

...Everyday is a Father's Day...

 
Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah...Akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk memiliki sebuah blog...Wahhh...rasa teruja pula diri nie memandangkan inilah kali pertama saya menulis di blog...orang lain buat blog...saya pun sibuk juga nak buat blog...huhu...mujurlah saya ada seorang kakak yang sangat kreatif dan mahir tentang blog2 nie...bolehlah belajar sikit-sikit dari dia...tapi tak apa...mencuba sesuatu yang baru itu kan bagus...apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada kakak ana, Haslina Mohd Ali...ucu SAYANG akak...hee~


Hmmm...Mula-mula saya terfikir jugak...Nak cerita pasal apa ye kat blog nie...Haaaa...Baru saya teringat...Walaupun 'Hari Bapa' dah lepas hampir seminggu...saya harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan 'SELAMAT HARI BAPA' kepada seluruh bapa-bapa yang ada di dunia...Bagi saya hari-hari adalah hari bapa...Bukan hanya setahun sekali kita perlu mengingati ayah kita...sepatutnya kita harus mengingati, menghormati dan mengenang jasa ayah kita setiap hari...Begitulah juga pada ibu kita... Jadi bersempena dengan 'Hari Bapa' yang telah lepas, saya nak berkongsi sedikit kisah tentang 'Kasih Sayang Seorang Ayah'...Mungkin selama ini kita telah mengabaikan Ayah kita...Namun setelah anda membaca kisah di bawah ini, ternyata Ayah sangat menyayangi kita...
KISAH SEORANG AYAHHH…

Kebiasaannya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang mengikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran jauh dari kedua orang tuanya….Pasti akan sering merasa rindu sekali dengan Ibunya..

Tapi bagaimana dengan AYAH? Mungkin kerana Ibumu sering menelefon untuk bertanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata AYAH lah yang mengingatkan Ibumu untuk menelefonmu??

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita, tapi tahukah kamu, ketika pulangnya AYAHmu dari kerja dengan wajah yang lelah, AYAHmu selalu menanyakan pada Ibu tentang khabarmu dan apa yang kamu lakukan seharian??

Pada saat dirimu masih lagi kanak-kanak kecilan...AYAH biasanya akan mengajar puteri kecilnya menaiki basikal...Dan setelah AYAH mengganggapmu boleh, AYAH akan melepaskan roda bantu dari basikalmu…

Kemudian Ibu berkata : “Jangan dulu AYAH, jangan dilepaskan dulu roda bantunya” , Ibu takut puteri manisnya terjatuh lalu terluka….

Tapi sedarkah kamu??

Bahawa AYAH dengan yakin akan menjagamu, menatapmu dan membiarkanmu mengayuh basikal dengan baik kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI BOLEH!!


Pada saat kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, Ibu menatapmu dengan hiba. Tetapi AYAH akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi bukan sekarang”...

Tahukah kamu, AYAH melakukan sebegitu kerana AYAH tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?

Saat kamu sakit, AYAH lah yang terlalu khuatir sampai kadang-kala sedikit membentak dengan berkata : “AYAH sudah cakap, jangan minum air sejuk!”. Berbeza dengan Ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.

Ketahuilah, bahawa saat itu AYAH benar-benar risaukan keadaanmu.

Ketika kamu sudah meningkat remaja…. Kamu mulai meminta keizinan pada AYAH untuk keluar malam, dan AYAH dengan tegas mengatakan: “Tidak boleh!”...

Tahukah kamu, bahawa AYAH melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi AYAH, kamu adalah anugerah yang sangat – sangat berharga baginya..

Setelah itu kamu marah pada AYAH, dan masuk ke bilik tidur sambil menghempas pintu… Dan yang akan datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah Ibu….

Tahukah kamu, bahawa saat itu AYAH hanya mampu memejamkan matanya dan menahan sebak di dalam hatinya, AYAH ingin sangat mengikuti keinginanmu, Tapi dia juga HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu atau datang ke rumah untuk menemuimu, AYAH akan membuat wajah yang paling COOL sedunia…. :’) sesekali AYAH akan mengintip saat kamu berdua sedang berbual di ruang tamu.. 

Sedarkah kamu, kalau hati AYAHmu merasa cemburu?

Saat kamu mulai dipercayai, AYAH melonggarkan sedikit peraturan keluar rumah untukmu, tetapi kamu akan mengambil kesempatan untuk pulang lewat malam. Maka yang dilakukan oleh AYAH adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir…

Dan setelah perasaan khuatirnya makin bertambah… Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam AYAH pasti akan memarahimu.. 
Tetapi sedarkah kamu, bahawa perkara tersebut adalah yang sangat ditakuti oleh AYAHmu? “Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkan AYAH”..

Ketika kamu menjadi gadis dewasa…. Dan kamu harus melanjutkan pelajaran ke kota… AYAH harus melepaskanmu..

Tahukah kamu bahawa badan AYAH terasa kaku untuk memelukmu? AYAH hanya mampu tersenyum sambil memberi nasihat padamu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. . Padahal jauh sekali di sudut hati AYAH ingin sekali menangis seperti Ibu dan memelukmu erat-erat.

Yang AYAH lakukan hanya menghapuskan sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu dan berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”. AYAH lakukan itu semua agar kamu KUAT…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu ketiadaan wang untuk membiayai pengajian dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan dahi adalah AYAH. AYAH pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya berasa sama dengan teman-temannya yang lain.

Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta mainan baru, AYAH tahu dia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan… Kata-kata yang keluar dari mulut AYAH adalah : “Tidak…. Tidak boleh!”

Padahal dalam hati AYAH, dia sangat ingin mengatakan “Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu”. Tahukah kamu bahawa pada saat itu AYAH merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saat kamu berjaya memperoleh segulung ijazah, AYAH adalah orang pertama yang berdiri dan menepuk tangan untukmu. AYAH akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecilnya yang tidak manja membesar, dan telah menjadi seseorang

Sampailah ketika saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada AYAH untuk mengambilmu darinya. AYAH akan sangat berhati-hati memberi keizinan..

Kerana AYAH tahu….. Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan tempatnya nanti...

Dan akhirnya…. Saat ayah melihatmu duduk di atas Pelamin bersama seorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, AYAH pun tersenyum bahagia….

Adakah kamu mengetahui, di hari yang penuh bahagia itu AYAH pergi ke belakang sebentar, dan menangis? AYAH menangis kerana AYAH sangat bahagia, kemudian AYAH berdoa…. Di dalam doanya kepada Tuhan, AYAH berkata: “Ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik…. Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita yang cantik dan baik…. Bahagiakanlah dia bersama suaminya…


 Setelah itu AYAH hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk… Dengan rambut yang telah dan semakin memutih…. Dan badan serta lengan yang tidak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya…. AYAH telah menyelesaikan tugasnya….

ABI, PAPA, AYAH, BAPAK atau ABAH kita… Adalah insan yang harus selalu kelihatan kuat… Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis… Dia harus kelihatan tegas walaupun di saat dia ingin memanjakanmu... Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa “KAMU BOLEH” dalam segala hal...

Ya Allah
Aku berdoa untuk seorang lelaki 
yang telah menjadi sebahagian dari hidupku..
Berikanlah kekuatan kepadanya 
untuk melewati ujian dan dugaanMu, 
agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa..
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, 
sehingga ia dapat memuliakanMu..
Berikanlah ia hati yang senantiasa 
ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu..
Berikanlah ia dada yang lapang, 
sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dariMu..
Berikanlah ia umur yang barakah, 
sehingga tiap detik waktunya tidak sia-sia di mataMu..
Amiin Ya Rabbal A'lamiin...

Ucu SAYANG Abah...=)

1 comment:

  1. Terima kasih Ucu di atas pujianmu itu. Akak taklah teror sangat, cuma suka mencuba sesuatu yang semua orang boleh buat juga.

    Tentang cerita basikal, akak setuju. Abah pernah biarkan akak membuat kad pengenalan sendiri sementara abah menunggu di luar pejabat pendaftaran. Agaknya abah nak ajar akak berdikari kerana akak anak yang sulung. Alhamdulillah kerana sikap abah ini, sehingga ke hari ini akak tidak malu ke mana-mana bersendirian.

    Walaupun abah tak pernah peluk akak, namun masa akak dapat segulung ijazah, akak peluk abah tanda terima kasih di atas sokongan abah sepanjang pengajian akak walaupun masa tu dah bergelar ibu.

    Kisah masa nak kahwin memang sedih, terutamanya selepas akad nikah. Masa tu, segala tanggungjawab abah terhadap akak dah selesai dan abah menyerahkan seluruh kepercayaannya kepada abang Anip untuk menjaga akak... Maklumlah akak ini anak yang paling nakal dan degil. Alhamdulillah berkat doa abah dan mak, akak dikurniakan suami yang penyayang dan penyabar...

    Walaupun akak dah ada anak tiga, abah masih tetap lagi ingin berbakti. Kalau dulu, abah menjaga 4 orang anak perempuannya tapi kini pula abah menjaga cucu sulungnya iaitu anakku Aiman.

    Sungguh besar jasa abah buat akak... entah bila dapat akak membalasnya.
    Semoga abah sentiasa di rahmati Allah dan SELAMAT HARI BAPA, buat abah yang kini sudah melewati usia 65 tahun.

    ReplyDelete