Sunday 14 August 2011

.::Istimewanya Ramadhan::.

Istimewanya Bulan Ramadhan ini, diwajibkan Umat Islam berpuasa sehingga tidur ketika berpuasa pun dikira ibadat kepada Allah yang diberi pahala, malah diam pula ditulis sebagai bertasbih kepada Allah.
        Jika tidur dan diam juga diberi ganjaran, bayangkanlah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Sebab itu dikatakan hebatnya Ramadhan, bulan Allah taburkan pahala untuk kita rebut.
Malangnya mengapa masih ada yang tidak mahu merebut pahala ini..?


                Tetapi…ingatlah…jangan kerana tidur itu dikira ibadat, maka kita tinggalkan perkara yang wajib…SOLAT
           Nabi saw tidak suruh kita latih anak kecil puasa tetapi suruh kita didik anak solat pada usia 7 tahun dan rotan sesudah 10 tahun tidak mahu solat. Tetapi hari ini, berapa ramaikah ibu bapa yang pukul anak mereka kerana tidak mahu solat. Berapa ramai pula ibu bapa yang memberi ganjaran kepada anaknya bila mengerjakan solat buat pertama kalinya seperti puasa…?


           Sedangkan jika kita berjaya melahirkan generasi yang tidak meninggalkan solat sejak dari kecil, saya yakin peratus jenayah dapat dikurangkan kerana telah ditegaskan bahawa solat itu mencegah perbuatan mungkar. Namun jika kedua-dua amalan solat dan puasa dapat kita terapkan dijiwa anak-anak itu adalah lebih baik.


Sama-samalah kita renungkan…Wallahualam…

Petikan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz

Monday 18 July 2011

...Mari Berdoa...


Assalamualaikum wbt...

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Malah perkara ini amat merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT.

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.

“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.


Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di pelbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang dibuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat daripada paku?”

“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat selain api, ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang mampu memadamkan api.” Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.

“Ada, iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]


Pengajaran : Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan pengharapan. Sekurang-kurangnya bacalah ayat Kursi setiap kali selesai mengerjakan solat Fardhu kerana barangsiapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga solat yang lain dan Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar serta Allah melimpahkan kepadanya rahmat. InsyaAllah. Wallahualam.

Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.