Tuesday, 28 June 2011

…ChOcoLaTe CaKe ReCipe!!...Nyamm...Nyamm...

.::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih::.
Assalamua’laikum wbt…

Selamat bersua kembali…hmmm…agak-agaknya apa perkongsian saya pada kali nie ye…baru-baru nie…nak dijadikan cerita…saya ade cuba buat kek coklat…hehe…agak excited la jugak memandangkan first time buat kek sendiri…selalunya beli ‘kek tunjuk’ je…sonang kerja…kalau buat sendiri pun…mak saya yang buatkan…tapi kali nie…tiba-tiba saya rasa nak cuba buat sendiri plak…mana la tau…kot-kot menjadi…huhu…macam mana le rupa kek nya nanti…hehe~

Ini resepi yang saya guna
Resepi dalam gambar tuh kurang jelas...tapi jangan risau...saya dah salinkan resepi baru untuk anda...

RESEPI KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN :

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO VAN HOUNTAN 
1 SUDU TEH BIKABONAT OF SODA
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 CAWAN GULA
1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN MINYAK MASAK
1 CAWAN AIR PANAS
1 SUDU TEH ESEN VANILA
2 BIJI TELUR

Antara bahan-bahan yang digunakan
CARA-CARA :

Ayak tepung gandum, koko van hountan, bikarbonat of soda dan baking powder skali. Pukul telur macam nak buat telur dadar. Kemudian campurkan bahan yang diayak, kacau sehala (arah lawan jam) hingga sebati. Kemudian masukkan gula, susu pekat, minyak, air panas dan esen vanilla. Kacau sehala (arah lawan jam) hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.

TOPPING :

1 CAWAN KOKO VAN HOUNTAN
1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS                         
2 SUDU BESAR MENTEGA/MARJERIN

CARA-CARA :

Panaskan bahan-bahan di atas macam buat Almond London. Kalau topping agak pekat. Boleh tambah sedikit air panas.

Inilah rupa kek sebelum dikukus
** Setelah kek masak, biarkan suam-suam kuku dan terbalikkan ke dalam dulang atau pinggan. Loyang jangan lupa sapu marjerin untuk mengelakkan kek melekat apabila diterbalikkan. Kemudian tuang topping dan hiaskan.

Sejam setengah kemudian……..jeng3x~

Dengan hati yang berdebar-debar…saya pun bukak penutup pengukus perlahan-lahan...krekkkk…Alhamdulillah…tersenyum lebar sampai ke telinga saya…setelah bertungkus-lumus MENGAYAKMENGACAUMENGUKUS…akhirnya jadi jugak kek coklat saya…nasib baik ada rupa kek…boleh le bagi mak dan anak sedara rasa…hehe…haaa…memandangkan percubaan kali pertama saya nie berjaya…saya nak berkongsi resepi nie dengan anda semua…bila ada kelapangan…boleh le anda cuba di rumah ye…

Haaa..Ini le rupa kek yang telah siap dikukus dan dibubuh topping
** Seelok-eloknya kacau bahan-bahan di atas ikut ARAH LAWAN JAM. Sebabnya ada seorang pakar masakan mengatakan bahawa makanan dan minuman yang digaul (dikacau) mengikut ARAH LAWAN PUSINGAN JAM lebih cepat sebati dan lebih berperisa. Inilah yang dinamakan putaran mengikut fitrah sepertimana putaran zarah-zarah proton-neutron yang juga berputar melawan arah pusingan jam. Dan lebih besar lagi putaran bumi mengelililing matahari dan putaran planet di atas paksi juga melawan arah jam.


Kalau kita amati betul-betul sukan olahraga balapan pun, dari acara 200m sehinggalah larian jarak jauh, semuanya berlari melawan arah putaran jam. Tahukah anda, jika ahli sukan berlari mengikut putaran jam pada jarak yang sama, catatan masa yang diperolehi pasti tidak sebaik larian mengikut lawan arah jam tadi, kerana dia berlari ‘melawan’ FITRAH. Selain itu, dengan memenuhi fitrah manusia, Allah S.W.T telah memfardhukan tawaf mengelilingi Kaabah juga mengikut arah putaran lawan jam sebanyak 7 pusingan.

 

Haaa…Jadi…Kesimpulannya di sini, apa-apa sahaja pergerakan atau perbuatan yang melibatkan pusingan atau putaran…sebaik-baiknya lakukanlah mengikut arah lawan jam…tapi…tapi…perlu ingat…kalau buat pusingan kat ‘roundabout’ tuh…jangan le ikut arah lawan jam…nanti tak pasal-pasal berlanggar dengan kenderaan lain…ikutlah kesesuaian masa dan tempat…Wallahualam…

** SELAMAT MENCUBA **

4 comments:

  1. hehe...thnx radhi syg...jgn lpe cba resepi tuh kt umh...hang bt lg sdp kott...=)

    ReplyDelete
  2. bolehlah akak cuba resepi ni. nampaknya kena beli tupperware jelly lah untuk buat kek ni...
    pastu kena ada gambar chef aiman. He...he...he...

    ReplyDelete
  3. haha..akak...dah try buat kek tuh ke??tupperware jellyy dah beli...kna try buat tuh...hehe...chef aiman lak kna de kt sblh...haha~

    ReplyDelete