Sunday 14 August 2011

.::Istimewanya Ramadhan::.

Istimewanya Bulan Ramadhan ini, diwajibkan Umat Islam berpuasa sehingga tidur ketika berpuasa pun dikira ibadat kepada Allah yang diberi pahala, malah diam pula ditulis sebagai bertasbih kepada Allah.
        Jika tidur dan diam juga diberi ganjaran, bayangkanlah ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Sebab itu dikatakan hebatnya Ramadhan, bulan Allah taburkan pahala untuk kita rebut.
Malangnya mengapa masih ada yang tidak mahu merebut pahala ini..?


                Tetapi…ingatlah…jangan kerana tidur itu dikira ibadat, maka kita tinggalkan perkara yang wajib…SOLAT
           Nabi saw tidak suruh kita latih anak kecil puasa tetapi suruh kita didik anak solat pada usia 7 tahun dan rotan sesudah 10 tahun tidak mahu solat. Tetapi hari ini, berapa ramaikah ibu bapa yang pukul anak mereka kerana tidak mahu solat. Berapa ramai pula ibu bapa yang memberi ganjaran kepada anaknya bila mengerjakan solat buat pertama kalinya seperti puasa…?


           Sedangkan jika kita berjaya melahirkan generasi yang tidak meninggalkan solat sejak dari kecil, saya yakin peratus jenayah dapat dikurangkan kerana telah ditegaskan bahawa solat itu mencegah perbuatan mungkar. Namun jika kedua-dua amalan solat dan puasa dapat kita terapkan dijiwa anak-anak itu adalah lebih baik.


Sama-samalah kita renungkan…Wallahualam…

Petikan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz

3 comments: